GAMBAR SEMASA DI VIETNAM 2013
VAT 69/ 69 komando
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment
pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh
Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969
ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk
teknik pertempuran dan taktik gerila
oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri
Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan
elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada
tahun 1969 di kawasan Perak. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60
daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakkan Am PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak
untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya
30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69
Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan
telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis
di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah
dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah
senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977,
skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah
dilatih oleh New Zealand Special Air Service
serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando
yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya
pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan
keperluan logistiknya sendiri. 69 komando jugak sering dinamakan sebagai
Unit Tindakan Khas Ulu Kinta semasa mereka masih memakai beret Merun
Unit itu suatu masa dahulu. Kini 69 Komando lebih dikenali sebagai
Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan Pasukan Sahabat dalam PDRM.
Unit Tindak Khas (UTK)
Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas PDRM. Unit ini ditubuhkan
selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun
telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan
Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di
bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September
Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan
kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah
dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit
Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan
dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan
dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1
serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan
oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20
orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini.
Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.
-Sebagai 'pasukan khas' yang menganggotai Pasukan Mencegah Keganasan
bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis
Keselamatan Negara (MKN) di bawah arahan no. 18 iaitu pengurusan dan
pengendalian krisis, 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan
diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan
selepas Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan
Pasukan Khas Udara (PASKAU) untuk menangani krisis dan keganasan yang
kritikal. Jika sekiranya Unit Tindak Khas gagal menangani sebarang
keadaan ancaman.
- 1969 - 69
Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan
sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan
komunis.
- 19 November 1985 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas (UTK) bersama seluruh formasi PDRM dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) di Kampung Memali, Baling, Kedah
yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya
bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan
dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.
- Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah,
pasukan 69 Komando PGK telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan
aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.
- Oktober 1985
- Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan
seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata
api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang
dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya
diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura
yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap
dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
- 2001
Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan
diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan
taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor
bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS
Rambo II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan
dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan,
kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina
memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara
tersebut.
- 2005 - Lima
pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta
telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula
sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar nama kepada MV Paulijing
dipercayai dilarikan di perairan Bertam, Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka
setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan
sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari
Pasukan Khas Pasukan Gerakan Marin.
- 29 Jun 1994
- Unit Tindak Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat
persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara,
Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis
ini berjaya ditembak mati.
- 1 April 2009
- Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas bersama Cawangan Khas PDRM
dalam operasi pada waktu Subuh melakukan serbuan ke atas persembunyian
Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari di Kampung Tawakal, Skudai, Johor
yang menyebabkan beliau berjaya ditangkap bersama 2 orang kanannya,
Abdul Matin dan Johar. Penangkapan pemimpin JI dan juga pengganas
berbahaya Asia ini merupakan satu kejayaan besar PDRM dalam usaha
membanteras keganasan.
- 69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bersama
anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam
seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas. Antaranya ialah
Misi Mencari dan Menyelamat pesawat helikopter milik Hornbill Skyways
yang terhempas di Sarawak, insiden jambatan gantung runtuh di Perak dan
pesawat Nuri yang terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.
- 1 Mac 2013 Anggota VAT 69 dan PDRM terlibat dalam insiden Lahad Datu
yang mengorbankan 2 orang anggota VAT 69 akibat serangan hendap Askar
Diraja Sultan Sulu pada 1 Mac 2013. VAT 69 berjaya membunuh 12 orang
penceroboh dalam serangan hendap itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)